FUTSAL BERSAMA MASYARAKAT

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pemuda PAS Kawasan Petra Jaya menganjurkan Program Futsal Bersama Masyarakat yang akan diadakan pada setiap minggu, selaras dengan hasrat "Memasyarakatkan PAS" di Sarawak.

Berminat?

Sila hubungi Saudara Shamsool di talian 0199617951 untuk keterangan lanjut.

Kebakaran Hutan: Lebih 1,000 Ekar Terbakar

(dipetik dari Borneo Post Online)

Oleh Saibi Gi

Bahagian Sibu catat kebakaran hutan dan belukar paling luas semalam sekali gus menyumbang kepada indeks pencemaran tertinggi di S’wak

KUCHING: Bahagian Sibu semalam mencatatkan jumlah kebakaran belukar dan hutan paling luas di negeri ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ahmad Shahabuddin berkata keluasan kebakaran belukar dan hutan yang berlaku di wilayah tengah itu untuk semalam sahaja mencecah kepada 1,261 ekar, yang membabitkan 22 kawa-san.

Kawasan paling luas terbakar katanya ialah di salah satu ladang kelapa sawit di Bintangor, membabitkan keluasan 1,200 ekar.

“Untuk hari ini sahaja (semalam) kita terbabit dalam memadamkan kebakaran di 14 kawasan di bahagian Sibu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Di bahagian Kuching yang turut merangkumi bahagian Samarahan dan Sri Aman beliau berkata keluasan kebakaran semalam sahaja ialah 174 ekar dengan kebakaran berlaku di 14 tempat.

Kawasan terluas menurut beliau ialah di Bakong, Kilo-meter 18, Jalan Serian-Sri Aman.

Kebakaran di situ membabitkan keluasan 80 ekar.

Anggota Bomba dan Penyelamat di sini semalam terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran belukar di Kota Samarahan, Matang, Batu Kawah dan Samariang.

Untuk bahagian utara, Miri dan Limbang, beliau berkata kawasan yang paling luas terbakar ialah di tepi jalan berhampiran Jambatan Asean.

Manakala di bahagian Bintulu beliau berkata tidak banyak menerima panggilan kebakaran.

Bagaimanapun untuk dua kawasan terbabit beliau tidak menyatakan keluasan ke-bakaran.

Mengenai bilangan anggota bomba, beliau berkata anggota seramai 1,070 orang di seluruh negeri adalah mencukupi.

Daripada jumlah itu, seramai 420 orang dikhususkan untuk kerja-kerja memadam kebakaran hutan dan belukar.

“Operasi harian seperti memadam kebakaran rumah (jika ada) kita jamin tidak akan terjejas kerana kita sekarang menggunakan jadual kerja berpandukan syif 24 jam berbanding 12 jam pada waktu biasa,” katanya.

Mengenai dakwaan keba-nyakan kebakaran hutan dan belukar berpunca daripada aktiviti pembakaran tidak terkawal oleh syarikat-syarikat perladangan, beliau berkata itu adalah di luar tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Itu anda kena tanya Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), mereka yang berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pesalah alam sekitar,” katanya.

Pembakaran ketika musim kemarau merupakan punca jerebu yang hampir saban tahun menjejaskan kualiti udara di Sarawak.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dari laman web JAS di beberapa kawasan setakat jam 11 pagi semalam menunjukkan Sibu menca-tatkan bacaan tidak sihat iaitu 187 dan terus merekodkan bacaan tertinggi di Sarawak pada semalam.

Samarahan yang mempu-nyai bacaan 155 dan Sarikei 136 turut berada dalam kategori tidak sihat.

Lawatan Dewan Pemuda Pas Negeri KEDAH

Salam,

Sabtu dan Ahad(8&9ogos) yang lalu, rombongan DPP KEDAH telah melakukan lawatan ke SARAWAK dan atas kesempatan itu rombongan dari Kedah ini turut melawat sahabat-sahabat seperjuangan daripada DPP Negeri SARAWAK. Seramai 6 orang mengikuti lawatan ukhuwwah ini termasuklah Ustaz Ahmad Yahya (Ketua DPP KEDAH), Ustaz Nasir Zakaria (MP Padang Terap/AJK DPP PUSAT) dan 4 lagi yang mengiringi rombongan ini.


Dari Kiri: Ustaz Nasir Zakaria(MP Padang Terap/AJK DPP PUSAT), Ustaz Ahmad Yahya(Ketua DPP KEDAH) dan Encik Abang Eddy (Ketua DPP SARAWAK)

Sepanjang perjumpaan ringkas ini, kedua-dua pihak telah berbincang dan berkongsi idea bagi memantapkan lagi gerak kerja dakwah di bumi SARAWAK ini. Perbincangan berlangsung selama 2 jam di Pejabat Perhubungan Negeri PAS SARAWAK, Matang. Selain perjumpaan ini, pihak DPP KEDAH juga sempat melawat Kawasan Sadong Jaya yang dulunya pernah dijadikan tempat bertugas semasa PR DUN SARAWAK yang lalu.


Penyerahan Cek Sumbangan daripada wakil DPP KEDAH

Di akhir perjumpaan, pihak DPP KEDAH dan MP Padang Terap telah menyerahkan cek kepada Ketua DPP SARAWAK sebagai sumbangan dan tanda harapan bagi mengembangkan PAS di bumi SARAWAK ini. Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Sesi Bergambar

Jerebu semakin teruk di KUCHING

Salam,


Rimas, itulah perasaan penduduk KUCHING disebabkan cuaca yang begitu panas. Sukar bernafas kerana asap jerebu semakin menebal dari hari ke hari. Sewaktu ADMIN PKPJ berjalan-jalan sekitar Kuching semalam (Ahad, 9Ogos), Bandaraya Kuching seakan-akan tiada penduduk. Mungkin kerana tak tahan dek cuaca yang tak tertahan.



Pukul 3 petang, suasana kelam mencacatkan permandangan indah Bandaraya KUCHING

Semoga cuaca di Petra Jaya khasnya, Bumi Kenyalang amnya akan beransur pulih. Mungkin kepanasan cuaca ini adalah sebagai peringatan kepada penduduk Petra Jaya supaya sentiasa ingat akan keedihan balasan di Akhirat kelak.

Marilah kita sama-sama menunaikan solat hajat dan berdoa agar kita dijauhkan dari segala musibah termasuk wabak penyait yang semakin menular.

PILIHAN RAYA DUN SARAWAK tak lama lagi, bersedia..

<sumber>

PM ARAH MENTERI KABINET KERAP KE SARAWAK: MUHYIDDIN

Daripada Kadir Dikoh

PERTH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan menteri Kabinet supaya lebih kerap melawat dan turun padang ke Sarawak yang dijangka mengadakan pilihan raya negeri tidak lama lagi.

Perkara itu dinyata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pemberita Malaysia di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, arahan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu sebagai usaha menyekat Pakatan Rakyat daripada menguasai negeri itu.

p/s: Penantian dari umat ISLAM seluruh MALAYSIA supaya anak sulung ADUN SARAWAK daripada PAS dilahirkan. Semoga salah satu kerusi di BANGUNAN DUN SARAWAK dimiliki oleh PARTI ISLAM SE-MALAYSIA..

PROJEK MEE SEGERA: adakah ini petanda PR DUN SARAWAK makin dekat

Salam,

Admin merasakan pilihan raya DUN SARAWAK semakin hampir. Mungkin sebab beberapa projek membaiki saliran air dan jalan bakal bermula di beberapa tempat di sekitar Petra Jaya. Ini hanya kemungkinan, tapi warga PETRA JAYA yang cintakan ISLAM, bersedialah..


MUNGKINKAH???



Jangan lupa mendaftar sebagai pemilih di Pejabat SPR/Kaunter SPR/Pejabat POS yang terdekat..

ISU PAKAI CAWAT BUKAN MENGHINA

KUALA TERENGGANU – Pembangkang yakin kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merujuk kepada golongan memakai cawat di Sarawak tidak tahu mengundi dengan betul adalah isu kecil.


Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kenyataan dikeluarkan pucuk pimpinan parti dalam ceramah pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai lalu itu tidak bermaksud menghina kaum Iban.

“Tok Guru (Hadi) tidak bermaksud begitu tetapi ia adalah lebih kepada meng-ibaratkan kaum di sana yang memang serasi dengan UMNO dan seolah-olah hanya boleh terima parti lain, sebab itu kita tidak hairan bila kalah di sana” katanya.

Sebelum ini, kepimpinan BN di Sarawak meminta supaya Presiden Pas meminta maaf kepada kaum Iban susulan kenyataan beliau pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai lalu.

Bagaimanapun, Wan Sukairi yakin, gerakan Pas untuk memenangi pengundi di Sabah dan Sarawak tidak akan terhalang dengan isu sedemikian sambil memberitahu pihaknya akan menawarkan cara politik yang betul. –Sinar Harian

HAPUSKAN ISA: TG PRESIDEN PAS