FUTSAL BERSAMA MASYARAKAT

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pemuda PAS Kawasan Petra Jaya menganjurkan Program Futsal Bersama Masyarakat yang akan diadakan pada setiap minggu, selaras dengan hasrat "Memasyarakatkan PAS" di Sarawak.

Berminat?

Sila hubungi Saudara Shamsool di talian 0199617951 untuk keterangan lanjut.

Mahathir: Mungkinkah PM Semula?

Assalamu'alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh,

Segala puji ke hadratiLLAH selama-lamanya,
Dan selawat tanda kasih akan Nabi-Nya Muhammad SAW, ahlul bayt serta para sahabat Baginda.


Baru sahaja tadi, saya mengembara seketika ke blog seorang Ustaz yang juga merupakan sahabat saya, tak perlu sebut nama. Cuma di sini saya berikan kredit kepada beliau atas satu penulisan dan ulasan beliau yang amat ringkas tetapi menarik, yang mana bagi saya merupakan hasil daripada pemerhatian beliau yang teliti dan tajam terhadap senario politik semasa.

Di sini saya sertakan tulisan beliau:

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Malaysia-ku Gemilang, ohhh..."

1) Apabila Tun Mahathir bersuara, kadangkala gelisah UMNO dibuatnya. Mengenai calon di Bagan Pinang, beliau tegas menyatakan calon perlu orang yang bersih dan tidak terpalit dengan politik wang.

2) Apabila Tun Mahathir bersuara, terdiam Samy Velu dibuatnya. Disuruh meletak jawatan, Samy Velu ambil cuti 2 bulan dulu dari menjalankan tugas Presiden MIC. Tun kata buat apa 2 bulan, ambillah terus 2o tahun cuti. Makin pening Samy Velu.

3) Apabila Tun Mahathir bersuara, kelam kabut juga Pakatan Rakyat dibuatnya. Bila melihat krisis yang berlaku di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, Tun mengatakan bagaimana PR nak perintah negara, mereka tidak sepakat dalam ideologi politik mereka!

4) Apabila Tun Mahathir bersuara, Ibrahim Ali pun cuba ambil kredit dengan mengatakan, alangkah baiknya jika Tun dilantik sebagai penasihat kerajaan. Pak Lah pula semakin tenggelam dari arus media perdana, cuma apabila dilantik sebagai Pengerusi IKIM, diharap Pak Lah lebih tegas menyuarakan pandangan berkaitan maslahat umat Islam dan imej Islam.

5) Apabila Tun Mahathir bersuara, kelihatannya seolah-olah dia sahaja yang betul, sampai Kartika disebat pun beliau mempertikaikannya. Mungkin inilah antara doa Almarhum Dato Fadzil Noor (mantan Presiden PAS) yang dimakbulkan, "BIARLAH MAHATHIR PANJANG UMUR, AGAR DIA DAPAT MELIHAT NATIJAH DARI PENYALAHGUNAAN KUASA SEWAKTU DIA MEMERINTAH MALAYSIA SELAMA 22 TAHUN". Dalam usia Tun menjangkau 84 tahun, idea dan pandangan yang masih kritikal dan tajam, diharap Tun Mahathir dapat merenungi apa yang didoakan Almarhum Ustaz Fadzil Noor itu!



28 September 2009, 9 Syawal 1430 Hijrah,

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Kadangkala, melihat situasi seperti ini saya terfikir adakah ada kemungkinan untuk Dr Mahathir naik menjadi PM semula, kerana menurut judgement ramai dan juga justifikasi yang ditunjukkan oleh beliau sendiri semasa mengulas apa-apa isu yang berlaku, seakan-akan semuanya betul belaka. Mungkin, di sudut pandangan mata manusia.

Tapi, mungkin juga yang anti kepada beliau akan kata "Kalau dah semua dia betul, baik dia je lah yang naik jadi PM...siapa juga yang betul-betul sampai menangis nak letak jawatan hari tu?"..itu komen salah seorang teman.

Apa-apa pun, saya kurang arif tentang politik dan selok-beloknya. Cuma, saya memperakui keimanan bahawa politik itu adalah Islam dan Nabi-Nya juga berpolitik, serta barangsiapa yang menolak politik / siasah itu bukan urusan agama, dia tidak lain persis golongan elit semasa zaman Revolusi yang mengatakan bahawa urusan dunia tidak boleh dicampurkan dengan agama, dan dia amat silap besar dalam proklamasinya itu.


WaLLAHuta'ala a'lam.


Ahli PAS PJ As-Sarawaki,
2.17pm,
Selasa, 29 September 2009
Kuching, Sarawak.

Catatan Ringkas: Orang UMNO Sila Baca!!!


"Titanic - The Unsinkable - yer dop mung?!"


Salam'alaykum,

Segala puji bagi ALLAH SWT,
Serta selawat dan salam ke hadrat Nabi SAW.


Ini saranan buat pembaca Berita Harian terutamanya penyokong ataupun pemimpin UMNO sendiri, yang masih tidak faham perjuangan PAS sebagai harakah Islam (kalau orang UMNO tak tahu maksud perkataan ini, tanya Ustaz-Ustaz UMNO. Maksudnya ialah gerakan Islam.)


Saya cukup pantang apabila orang menilai sesuatu pergerakan tanpa melihat kepada dasar yang diperjuangkan oleh gerakan itu.


Saya secara jujur amat benci dan meluat melihat salah satu video yang dikirimkan ke website Berita Harian, melihat tajuknya sahaja saya sudah naik marah (PAS tidak mencerminkan Islam dengan sikap biadap penyokongnya).

Marah kerana pertikaian terhadap dasar perjuangan, PAS dinilai dari kulit (attitude penyokong dan sebagainya) tetapi tidak menilai kepada dasar yang diperjuangkannya.


Dalam soal perjuangan ini, eloklah orang UMNO menilai dan mengambil iktibar daripada kata-kata Saiyidina Ali krwjh yang lebih kurang mafhumnya

"Jangan menilai kebenaran daripada orang yang membawa kebenaran itu, tetapi nilailah dia melalui kebenaran yang dibawanya"... hatta walau kebenaran itu datangnya daripada mulut seorang kanak-kanak belum lepas UPSR sekalipun..wajib untuk kita menerimanya!


Andai kulit dipersoalkan, UMNO patut lebih malu apabila pemimpin-pemimpinnya lebih kurang beradab termasuk juga penyokongnya, isyarat tangan yang lucah, adab makcik-makcik dan pakcik-pakcik penyokong (yang patut UMNO didik dahulu sebelum mempersoalkan adab-adab penyokong PAS!!!)... banyak contoh dan bukti..malas nak sebut satu-satu. Buat ceramah umum pun boleh ada karaoke dan nyanyian yang tidak selari dengan ruh yang ma'ruf. Sesudah itu, tidak pula segan untuk bercakap tentang Islam dan mengomentar PAS!

"Ini bukan budaya kita..
bukan demonstrasi, tapi mengutuk orang.. adalah HARAM menisbahkan orang dengan kata-kata seperti ini"

"Menterjemahkan kalimah seperti ini lagilah haram."


Bukan setakat itu, malah dasarnya juga boleh dipertikaikan! Adalah menyalahi 'aqidah yang sahih apabila dasar assabiyah lebih diperjuangkan melebihi Islam. Maka orang-orang UMNO, saya sarankan perbaharuilah syahadah setiap masa takut-takut ada tercicir daripada i'tiqad yang sebenar.


Saya guna istilah "takut-takut" ini, jangan kata saya menggunakan takfir, menghukum orang-orang UMNO adalah kafir. Tidak! Jangan salah faham! Kalau masih tidak faham wajarlah orang-orang UMNO membantah PPSMI kerana statement kelas cabuk seperti ini pun sudah tidak mampu difahami dengan sebenar-benarnya!


Satu lagi video yang saya jumpa, saya lihat pada tajuknya "Pemimpin UMNO dakwa dikasari"... UMNO patut muhasabah balik dengan statement ini..hakikatnya siapa yang telah lama dan mempunyai sejarah panjang dan paling lama dikasari... PAS buat ceramah umum disembur air, baling gas pemedih mata dan lain-lain lagi tindakan tidak wajar, padahal justifikasi 'mengancam keselamatan negara' LANGSUNG tidak ada, tidak kuat dan tidak relevan.

Inikah demokrasi?

Kita tanya orang-orang yang mula-mula mencabuli prinsip demokrasi yang dicanang-canangkan mereka dahulu!


Sebab itu, di rumah kami tidak ada Berita Harian dan Utusan Melayu / Malaysia, kalau ada pun setakat untuk membungkus buah dabai untuk dikirimkan kepada saudara-mara, ataupun untuk dijadikan kertas bakar pencucuh api.


Wahai UMNO, andai masih dengan attitude lama adu-domba dan fitnah sebegini, jangan mimpi nak lepas pintu Imigresen Sarawak di Kuching International Airport!


WaLLAHuta'ala a'lam.


Ahli PAS Kawasan PJ,
11.22 am,
Ahad, 4 Oktober 2009,
Somewhere Around The Planet.