FUTSAL BERSAMA MASYARAKAT

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pemuda PAS Kawasan Petra Jaya menganjurkan Program Futsal Bersama Masyarakat yang akan diadakan pada setiap minggu, selaras dengan hasrat "Memasyarakatkan PAS" di Sarawak.

Berminat?

Sila hubungi Saudara Shamsool di talian 0199617951 untuk keterangan lanjut.

Hari Keluarga PASTI Kaw. Petra Jaya2009


Kuching, 26 Julai 2009 - AlhamduliLlahi rabbil 'alameen, pada hujung minggu yang lepas, Jawatankuasa Penyelaras PASTI Kawasan Petra Jaya yang bernaung di bawah Pemuda Kawasan Petra Jaya telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga PASTI yang diadakan di Pantai Pasir Panjang.

Antara lain tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memupuk ikatan silaturrahim yang lebih kukuh di antara pelajar, guru, keluarga serta AJK-AJK Pemuda Kawasan, Muslimat dan Negeri sendiri.

Pertandingan Mewarna

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi itu dihiasi dengan pelbagai acara menarik melibatkan ibubapa pelajar, AJK serta semua yang hadir. Program melabuhkan tirainya pada pukul 12.30 tengahari.

Semoga berjumpa lagi pada Hari Keluarga PASTI yang akan datang!


P/S: Gambar-gambar program akan diupload pada masa yang akan datang, insyaALLAH.


Wassalam,

-admin-

0 comments:

Post a Comment