FUTSAL BERSAMA MASYARAKAT

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pemuda PAS Kawasan Petra Jaya menganjurkan Program Futsal Bersama Masyarakat yang akan diadakan pada setiap minggu, selaras dengan hasrat "Memasyarakatkan PAS" di Sarawak.

Berminat?

Sila hubungi Saudara Shamsool di talian 0199617951 untuk keterangan lanjut.

ISU PAKAI CAWAT BUKAN MENGHINA

KUALA TERENGGANU – Pembangkang yakin kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merujuk kepada golongan memakai cawat di Sarawak tidak tahu mengundi dengan betul adalah isu kecil.


Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kenyataan dikeluarkan pucuk pimpinan parti dalam ceramah pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai lalu itu tidak bermaksud menghina kaum Iban.

“Tok Guru (Hadi) tidak bermaksud begitu tetapi ia adalah lebih kepada meng-ibaratkan kaum di sana yang memang serasi dengan UMNO dan seolah-olah hanya boleh terima parti lain, sebab itu kita tidak hairan bila kalah di sana” katanya.

Sebelum ini, kepimpinan BN di Sarawak meminta supaya Presiden Pas meminta maaf kepada kaum Iban susulan kenyataan beliau pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai lalu.

Bagaimanapun, Wan Sukairi yakin, gerakan Pas untuk memenangi pengundi di Sabah dan Sarawak tidak akan terhalang dengan isu sedemikian sambil memberitahu pihaknya akan menawarkan cara politik yang betul. –Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment