FUTSAL BERSAMA MASYARAKAT

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pemuda PAS Kawasan Petra Jaya menganjurkan Program Futsal Bersama Masyarakat yang akan diadakan pada setiap minggu, selaras dengan hasrat "Memasyarakatkan PAS" di Sarawak.

Berminat?

Sila hubungi Saudara Shamsool di talian 0199617951 untuk keterangan lanjut.

Lawatan Dewan Pemuda Pas Negeri KEDAH

Salam,

Sabtu dan Ahad(8&9ogos) yang lalu, rombongan DPP KEDAH telah melakukan lawatan ke SARAWAK dan atas kesempatan itu rombongan dari Kedah ini turut melawat sahabat-sahabat seperjuangan daripada DPP Negeri SARAWAK. Seramai 6 orang mengikuti lawatan ukhuwwah ini termasuklah Ustaz Ahmad Yahya (Ketua DPP KEDAH), Ustaz Nasir Zakaria (MP Padang Terap/AJK DPP PUSAT) dan 4 lagi yang mengiringi rombongan ini.


Dari Kiri: Ustaz Nasir Zakaria(MP Padang Terap/AJK DPP PUSAT), Ustaz Ahmad Yahya(Ketua DPP KEDAH) dan Encik Abang Eddy (Ketua DPP SARAWAK)

Sepanjang perjumpaan ringkas ini, kedua-dua pihak telah berbincang dan berkongsi idea bagi memantapkan lagi gerak kerja dakwah di bumi SARAWAK ini. Perbincangan berlangsung selama 2 jam di Pejabat Perhubungan Negeri PAS SARAWAK, Matang. Selain perjumpaan ini, pihak DPP KEDAH juga sempat melawat Kawasan Sadong Jaya yang dulunya pernah dijadikan tempat bertugas semasa PR DUN SARAWAK yang lalu.


Penyerahan Cek Sumbangan daripada wakil DPP KEDAH

Di akhir perjumpaan, pihak DPP KEDAH dan MP Padang Terap telah menyerahkan cek kepada Ketua DPP SARAWAK sebagai sumbangan dan tanda harapan bagi mengembangkan PAS di bumi SARAWAK ini. Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Sesi Bergambar

0 comments:

Post a Comment